Pages

Friday 14 December 2012

Resepi: Puding Triffle Delicious ♥

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, kali ni aku nak share dengan korang cara nak buat Puding Triffle pulak.. Haaa, sebenarnya ni baru 1st trial aku buat puding nie.. Kira menjadi jugak la.. hee~ Sebab apa? Sebab tak sampai sehari aku buat dah tinggal separuh dah.. Wah3.. Kalau rumah ramai adik2 kecik mesti tak sampai sehari pun dah habis.. Ceh, nak puji sedap lettew kan.. haha.. Ok la, jom tengok bahan apa yang diperlukan & cara membuatnya.. So, easy.. Jom2.. ^^

Bahan2:
1) Kek gulung - perisa pandan (aku guna swiss roll je sbb senang cari)
2) Susu cair - 1 tin
3) Tepung castard - 3/4 sudu
4) gula - 3 sudu
5) Buah peach dalam tin/Fruit cocktail/Nata de coco (aku pakai buah peach dalam tin)
6) Buah anggur/Buah strawberry (aku pakai buah anggur)
7) Instant Jelly Crystal - 1 kotak (aku guna jenama NONA)

Cara2 membuatnya:
1) Potong kek gulung & susun di dalam bekas. (1st layer)
2) Masak susu cair+tepung castard yang sudah dibancuh+gula+air lebihan buah peach. Kacau sampai pekat. Kemudian tutup api & tuang atas 1st layer tadi. Biarkan selama 10 minit. (2nd layer)
3) Potong slice buah anggur + buah peach & susun di atas 2nd layer. (3rd layer)
4) Sediakan jelly seperti yang ditulis di kotak jelly berkenaan. Kemudian tuang atas buah2 tadi. Biarkan selama 10 minit. (4rd layer)

Akhir sekali letak di dalam peti sejuk. Sebab apa? Sebab makan sejuk2 baru sedaaaappp...! Tak percaya? Okkay, cuba skarang.. Sekarang jugak tau. Tapi sebelum tu pastikan bahan semua cukup. Kalau tak, tak dapat la rasa macam Puding Triffle Delicious yang aku buat nie.. haha..



~ Selamat Mencuba ^^  & keep following my blog.. ~

Friday 7 December 2012

Resepi: Aiskrim Goreng

Assalamualaikum.. Okkay kali ini aku nak share dengan korang resepi Aiskrim Goreng yang aku baru je cuba buat.. hee~ Cara nak buat dia sangat2 la mudah.. Sedap pun sedap rasanya.. Jom..! Apa tunggu lagi, moh ler buat nyer.. ^^

Bahan2 yang diperlukan:
Roti
Aiskrim (Perisa Bebas)
Cawan Bulat

Cara Sediakan:
1) Mula2 letakkan sekeping roti di atas pinggan. Kemudian letakkan satu ke dua scope aiskrim di atas roti tadi & letakkan satu keping roti lagi di atas roti tadi.
2) Ambil cawan bulat & tekan sekuatnya supaya dua roti tersebut bercantum. Kemudian ketepikan lebihan dikeliling roti supaya jadi bulat & kepitkan keliling roti agar aiskrim tidak meleleh.
3) Setelah menjadi bulat, masukkan roti2 tersebut ke dalam plastik kecil @ dalam bekas.
4) Kemudian, cepat2 letak dalam peti ais supaya aiskrim tidak cair dalam roti. Biarkan roti semalaman. (minimum)
5) Akhir sekali, panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak tidak terlalu banyak & betul2 panas baru keluarkan roti tersebut dan teruskan menggoreng. 

Berapa lama nak goreng? Ha.. lebih kurang 20 saat setiap belah roti tersebut. Agak2 roti dah kuning dah boleh terus angkat. Tapi jangan dibiarkan lama takut aiskrim dalam roti tersebut cair.. Nanti hilang sejuk di dalamnya.. ^^


Tada...!! Siap sudah.. hee~ Nak lagi sedap, makan masa panas2 lagi tau.. Sebab takut aiskrim dalam roti tadi cair.. Okkay.. 
Selamat Mencuba Semua.. :-D Have a nice day..

~ Tq for visit my blog ^^ ~


Thursday 29 November 2012

♥ Story About Us (8 Princess) ♥

Assalamualaikum.. Pertama sekali, Alhamdulillah.. Akhirnya aku telah pun Grad sebagai Student HND in Business & IT bersama rakan2 seperjuanganku di Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak. Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya ALLAH.. Diatas segala usaha, doa & berkat kedua ibu bapa, kami telah pun berjaya sehingga ke tahap ini.. Alhamdulillah, Syukur.. 

Sememangnya dah agak lama aku tak updated blog nie.. hee~ So, kali ni aku nak story mory tentang kami 8 Princess.. Siapa 8 Princess tu?? haaa.... Ni yang nak cite ni.. 

Dari kiri: Pa'a, Qis, Bibi, Ija, Tila, Anum, Azie & Intan (8 Princess)

That's us the 8 Princess of Taman Gemilang.. hee~ Bertemunya kami smua pada tahun 2011 dekat2 akhir bulan Jun.. Eyup! Gara2 nama sudah tak ditempatkan di hostel pada kemasukan Julai-Disember 2011, jadinya masing2 waktu tu mencari2 orang untuk duduk serumah.. Pada mulanya, masing2 dapat rumah lain2.. But, everything had been Planned.. We had been stay in one home together.. Eyup! Rumah 59 Taman Gemilang Seri Iskandar..  Pertemuan kami berlaku atas apa yang ALLAH telah rancangkan.. Sebelumnya kami bersatu, adanya kesedihan yang ditanggung oleh beberapa daripada 8 Princess.. Betul tak?? hee~ Sejujurnya jika "perkara tu" tak berlaku mungkin kita tak rapat & seakrab sebegini.. Sahabat2ku lihatlah.. Pertemuan kita & Persahabatan kita telah disatukan & ditentukan oleh ALLAH.. :-)

Gelak tawa, senda gurau saling berkait rapat dalam persahabatan kami.. Kemana sahaja kami pergi mesti bersama.. Pada masa tu plak yang kami ada cuma 5 scoot.. :-) 3 Ego, 1 Honda & 1 Nouvo.. Wah.. Jadinya bila pegi mana2 pun terasa macam konvoi plak.. hee~ Rasa macam jalan raya ni kami yang punya.. haha.. Namun, dalam setiap perhubungan itu mesti akan ada sedikit salah faham, berkecil hati.. btul tak?? Walaupun ada yang tak bertegur sapa dalam rumah tu.. Tapi kami tetap bersama.. Masih boleh duduk serumah dalam keadaan yang selesa bersama, duduk di meja makan bersama, lepak depan tv bersama.. Agak lama aku perhatikan tapi aku tak mampu nak buat apa2.. Maafkan aku sahabat2 semua.. Aku takut kalau2 membela sebelah pihak sahaja.. Aku tersepit.. Aku sayangkan kamu semua & tak berniat pun nak membela mana2 pihak.. Sebenarnya hati sedih bila jadi macam ni.. Hanya doa aku mampu usahakan untuk korang.. Saat meniti hari2 terakhir kami bakal tinggalkan Seri Iskandar, Alhamdulillah.. Syukur YA ALLAH.. Engkau telah makbulkan doa kami dan lembutkan hati mereka untuk saling bermaafan.. Lega & gembira sangat tak terkata.. Thanks korang ♥

Sebelum meninggalkan Seri Iskandar, kami merancang keluar bersama2 ke Lost World of Tambun.. Yeay!! Walaupun hanya peruntukkan masa sehari.. Nanum, banyak keseronokan & kenangan yang sempat kami rakamkan.. Korang memang THE BEST!! Banyak benda yang aku tak pernah cuba buat, aku cuba buat pada hari tu bersama2 mereka.. Tapi seyes.. "kt tak nak naek dah benda yang kapal turun naek tuuu... Rasa nak tercabut jantung.. It have to be the 1st time & last time kt naek.. Lpas ni xmo daahhh...! T_T " Keesokan harinya pula kami ziarah Parents yang berada di Perak.. Parent Anum, Azie & aku.. Kami pergi Mandah, tapi tak sampai Mandah pun sebab alang2 dah terserempak parent anum kat Parit, so, jumpa kat Parit je.. Lepas tu pergi Bota jumpa family Azie terutama opah azie "Wei".. Last pegi Chemor, jumpa parent aku.. Eyup! Akhirnya korang smpai gak ke rumah kt kan.. hee~ Kan kt da cakap kt akan bawak gak korang suatu ari nanti.. :-D

Sehinggalah sampainya hari 23/11/12 yang dimana semua akan balik ke kampung masing2 & "tata" Seri Iskandar.. Hari tu terasa sangat sayu.. Terasa berat sangat kaki untuk tinggalkan rumah 59.. Sedih tak terkata untuk berpisah dengan kamu semua.. Sorang demi sorang meninggalkan rumah 59.. & bila sampai waktu aku pula untuk keluar dari rumah 59....... arghhh..! air mata kenapa mesti kau jatuh...... T_T
"Korang kt nak minta maaf kalau selama ni kt pernah wat korang terasa hati secara sengaja atau tak sengaja & minta maaf kalau kt ada wat salah kat korang.. Kalau ada terlebih atau terkurang kt nak mntak korang halalkan.. Korang jangan lupakan kt tau.. Kalau ada apa2 masalah atau nak kongsi cite gembira & sedih telinga kt sudi mendengar.. Phone kt sentiasa on untuk korang.. In Syaa Allah.. Jangan lupakan kt tau.. :-)"

Sahabat2 sekalian:
Kita berjumpa hanya 1 kebetulan..
Kebetulan akhirnya berkekalan..
Pelbagai kenangan telah dilukiskan..
Diwarnai dengan gurauan & usikan..
Dihiasi dangan gelak tawa & senyuman..
Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan..
Nanum, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita bersahabat kecuali ajal & kematian.. :-)





~ End of our story at Seri Iskandar.. Hope to see all of you again in the future.. ♥ ~

Friday 26 October 2012

Oh Raya.. Oh TwitterKu ♥

Assalamualaikum.. Sebelum itu nak ucapkan Salam Aidiladha.. Acane raya korban tahun nie? Meriah? hee~ 
Walaupun suasana raya aidiladha xsemeriah raya aidilfitri tapi lemang, rendang ayam, rendang kijang, daging masak kicap.. ha.. Semua tersedia masa raya pertama nie.. wah2.. So heaven dengan makanan2 hari nie.. Nyum3.. Memang sronok aku ni bila dapat makan.. Nak kata besar, tak besar2 jugak.. Gitu je.. Bila la nak membesarnya Nurbalqis oiii.. hehe..

Next Story Morry --->
Twitter? Ecececeh.. Malu nak cakap.. Akhirnya..! Aku baru je sign up untuk Twitter nie.. hee~ aishhh.. Lambat btol la kn.. Orang lain da berzaman guna Twitter nie..  Aku baru je nk sign up.. Sebagai beginner Twitter ni sapa2 yang ada Twitter tu.. moh ler follow teman.. aish.. itu yang sebenarnya.. ^_^



~ Tq.. Keep Following my Blog^^~



Thursday 18 October 2012

Iklan & promosi baru dari syarikat besar di Malaysia

Assalamualaikum.. Semoga semua sihat2 belaka.. 
Setelah sekian lamanya tak update blog, kali ni aku nak bagi korang semua peluang untuk melihat link2 iklan dan promosi terbaru dari syarikat besar di Malaysia.. Caranya mudah.. Anda hanya perlu pilih iklan dan promosi mana yang anda mahu lihat kemudian click link tersebut & tunggu sampai habis loading.. Dari situ korang akan dapat tahu iklan dan promosi terbaru yang menarik dari mana2 syarikat besar di Malaysia.. ~Jangan lepaskan peluang :-D ~

 Istanbul Aku Datang (Di Astro First)
http://ysmcdn.com/share/my/2478/3043781

 Lagenda Budak Setan 2 (Trailer)

 Taylor's Open Day (Taylor's Universities)
http://ysmcdn.com/share/my/2451/3015214

 KIA RIO's Spot the Difference Contest (KIA RIO 2013)
http://my.churpchurp.com/NurbalqisQis/share/KIARio

 Jualan Internet 2x Ganda (Digi)
http://my.churpchurp.com/NurbalqisQis/share/DiGiYES



~Keep Following My Blog.. Tq~


Tuesday 25 September 2012

Dalam Persahabatan..

Binalah sebuah perkenalan itu dengan keikhlasan kawan2.. Saling terima-menerima kekurangan & kelebihan masing2.. Saling bantu-membantu.. Saling bertolak-ansur.. Oleh kerana, manusia sememangnya tidak sempurna.. Maka wujudkanlah sikap saling maaf-memaafkan.. Lembutkanlah hati & ikhlaskan hati untuk meminta & menerima maaf.. Jangan ada sengketa diantara kita.. Kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.. Kata2 maaf-memaafkan juga adalah perkara yang lebih manis dari segalanya dan dapat menjernihkan segala sengketa.. Tidak kiralah siapa yang mendahului kata maaf.. Sudahlah, lupakan segala sengketa, dan mulakan suatu hubungan yang baru.. Yang memberi ketenangan & kebahagiaan kepada semua..

Tetiba rasa sedih.. Teringat akan masa2 gembira bersama kamu semua.. Sememangnya dulu & sekarang berbeza.. Bila kita boleh berkumpul macam dulu2..?? Kemana saja bersama2.. Ada masalah kita bincang bersama.. Sweet kn.. Tp skarang..

p/s: Hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk semua.. Kita nak korang tahu yang kita sayangkan korang semua.. Kita rindukan persahabatan yang dulu..

~Ikhlas dari Nurbalqis~



Wednesday 12 September 2012

Open House Kami~

Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar.. Ramai yang datang & memang sangat2 meriah Villa 59 korang buat.. hee~ T.kasih kpd semua yang datang.. Terumatanya kpd house mate2 yang bertungkus lumus dan bekerjasama untuk merealisasikan open house ni iaitu Azie, Anum, K.Intan, Tila, Farha & Ija..
Sayang korang smua.. 
Sebelum i2 click dcni ----> http://sy.my/e9o

Bersama merasai kemeriahan..






   


Extra ----> http://sy.my/4bs1
   
~Keep following my Blog.. Tq :D ~




Thursday 16 August 2012

~Salam Lebaran~

Assalamualaikum.. Semua sihat? Jika sihat alhamdulillah.. Nampaknya lagi 2 hari Ramadhan bakal tinggalkan kita.. eyup.. We gonna miss u Ramadhan.. Semoga kita dapat berjumpa lagi bulan Ramadhan pada tahun depan.. Amin.. ha.. acane persiapan Aidilfitri? sudah beli baju raya? kueh raya dah siap? pelita dah pasang? hehehe.. yang PENTING! tolong sangat2 jangan & jauhi bermain mercun.. takut2 nanti beraya tanpa 1jari, tangan, kaki dll.. Malang tidak berbau & tidak mengenal walau siapa pun anda.. haha.. 

Ok la.. Sebelum aku balik kampung esok pagi, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Salam Lebaran kepada semua yang sudi view & baca post nie.. ^^ yeah!! tak sabarnya nak.. Balik Kampung.. oh oh oh.. Balik Kampung.. oh oh oh.. Balik Kampung.. Hati Girang.. lalalala~

Ucapan Salam Aidilfitri.. Edited by: semuanyadcni blogger 
 click cni untuk mendapatkan interactive view ----->



~ Keep following my blog ~ tq^^

Friday 27 July 2012

~ MUET with Cikgu Shida ~

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, akhirnya berakhir jugak exam MUET aku ari nie.. 
wa.. heaven giler.. hehe ^^ bertambah2 sronok bila lpas je abis exam yang ke-4 iaitu listening tepat pukul 12.35 tengah ari, apalagi pegi berposing2 with Cikgu Shida ler.. kuikuikui.. Mula2 aku pun xtahu yang salah sorang daripada Examiners kitaorang ni CikguShidaDariParit.. Seyes, agak lama jugak la aku tenung Cikgu Shida nie.. Untuk kepastian la katakan.. hahaha..

Cikgu Shida?


Ni nak cite sikit sapa Cikgu Shida nih.. haha.. Tapi rasanya ramai dah kenal kot kan..

Full Name: Roshida Bt. Abd Aziz
Popular Name: CikShidaDariParit
Birthday: 21 April 1972
Personal Interest: Creating Own Self Miming Clips Videos
Hometown: Parit, Perak

Mula2 aku dapat tahu kewujudan Cikgu Shida ni pun sebab dok dengar member2 kolej sibuk cite pasal miming video lagu CikShidaDariParit kat Youtube. hehe.. Bak kata dorang video2 lagu CikShida ni kalu tengok time tengah tension dengan assignment memang best sebab video 2 lawak & dapat release tension..  Dengan rasa berminatnya aku terus search kat Youtube CikShidaDariParit ni ha..Kira2 dalam 1sem jugak la aku minat sangat tengok video lagu CikguShida nie.. Dok bergelak sakan dengan dak bilik hostel.. hehehe..

Suprisingly (ceh, mentang2 baru lepas jawab MUET tadi.. speaking plak.. kui3) ari ni dapat jumpa Cikgu Shida depan mata, siap bergambar lagi 2.. ha..... nak tengok lettew kan.....

With Cikgu Shida
Tu dia.. Semua dok pakat nak pic2 dengan Cikgu Shida nie.. For me she Nice & Simple.. Tak sombong langsung bila diajak pic2 dengan kitaorang.. Anytime.. hehe

~ Orait, keep following my blog k.. Tq ^^ ~


Friday 20 July 2012

Salam RAMADHAN AL-MUBARAK.. ^^

Ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN..
Selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan..
SALAH & KHILAF mohon dimaafkan..
Semoga diberikan rahmat & keberkatan dari NYA sepanjang RAMADHAN..
Amin.. Insyaallah.. ^^

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua.. ^^

Alhamdulillah.. Mulai esok, Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1443, adalah bulan yang 
dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK dimana ia adalah bulan RAHMAT, bulan PENGAMPUNAN dan bulan PEMBEBASAN DARI API NERAKA.. 
Adalah lebih baik jika kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibu bapa, ahli keluarga (adik-beradik, opah atuk, pakcik makcik dll), sahabat dan juga seluruh umat Islam yang mengenali kita..


Orait, ini adalah antara amalan2 yang bole kita amalkan semasa bulan RAMADHAN:
  1. Menunaikan solat sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Taubat, Tarawih, Tahajjud, Witir dll
  2. Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al-Quran dan azam untuk Khatam Al-Quran
  3. Memperbanyakan berdoa kepada ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan ALLAH memberikan Taufik dan HidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa
  4. Memperbanyakan I'ktikaf di Masjid atau Surau
  5. Memperbanyakan bersedekah
  6. Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang sama ada siang ataupun malam
  7. Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
  8. Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran
Antara ganjaran yang bole diperolehi dalam bulan puasa Ramadhan:


Paling penting! Niat puasa bulan Ramadhan yang merupakan rukun ke-2 dalam rukun puasa:


~ Akhir kata.. Semoga Ramadhan ini akan menjadi bulan yang terbaik untuk kita perbaiki diri dan muhasabah diri untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.. Insyaallah.. ^^ ~




Saturday 14 July 2012

Glogster?

Assalamualaikum.. Hope semua sihat2 la ye.. Agak lama jugak aku da tak updated new post kan.. ^^
Kali ni aku nak cite pasal hobi baru aku.. haha.. Dsamping Blogging aku juga buat Glogster.. 


Glogster?

Mesti korang tertanya2 kan apa itu Glogster.. Yang sebenarnya aku sendiri pun baru je tahu kewujudan Glogster ni.. huhu.. Thanks to Mdm Noor Faizah sbb perkenalkan Glogster ni dalam kelas Multimedia Presentation.. Kalau tak memang ktorg takkan tahu la kalau Mdm xsentuh pasal nih.. 

Glogster ni juga salah satu social network dmana membolehkan kt sebagai user untuk create interactive poster dgn percuma sahaja.. Tapi, untuk create yang lebih interactive perlulah berbayar.. Bagi aku, yang free ni pun dah cukup interactive.. Dalam Glogster ni user bole insert text, image, photos, audio (MP3), videos, sebarang special effects dan juga sebarang element yang membolehkan generate a multimedia on9.. Poster yang sudah siap juga bole share mcm dlm blog.. 

Untuk tahu lebih lanjut bole click ke link ni (Tutorial Glogster)

Orait.. Ni salah satu poster yang aku baru je siapkan.. huhu.. Take a have a look.. Have a nice day.. Wsalam.. ^^
Then help me to ---> Rate It! Tq.. ^^

http://nurbalqis.edu.glogster.com/research/

Sorry pic xbrapa cntik..

 p/s: Bole create account at ---> http://www.glogster.com/
Ataupun create account as student kalau ada id teacher at ---> http://edu.glogster.com/


Monday 2 July 2012

Alhamdulillah.. ^^

Assalamualaikum..


That's my college (KPMSI).. huhu ^^ 
Dengan semangat dan azam baru yang berkobar2 nie aku akan balik SI esok (3hb).. Yup! My last sem is waiting for me.. hahaha.. Sepatutnya aku daftar masuk balik 5hb tapi disebabkan adik aku pula akan sambung study kat cni sbagai junior ku & perlu berdaftar pada 3hb, jadi aku pun kena balik 3hb jugak.. ceit! macam tak biasa plak balik rumah sewa awal.. huhu.. 

Alhamdulillah.. Result pun dah keluar.. Aku bersyukur sangat dengan result yang aku dapat.. Sangat2 memberangsangkan..^^ Sememangnya banyak dugaan yang aku terima semasa sem lepas yang perlu aku tempuhi dengan tenang.. Sehinggakan aku hampir berputus asa.. Namun itu tidak mematahkan semangat ku dan aku sedar, setiap dugaan yang Allah beri pasti ada ganjaran yang menanti dan akhirnya aku mendapat hadiah itu untuk diri sendiri.. 
Syukran Ya Allah..


~ Allah tak akan beri sesuatu dugaan yang kita sendiri tidak mampu untuk tempuhi.. Semuanya bergantung pada diri kita, macam mana perlu kita selesaikan dengan bersandarkan sepenuhnya kepada Allah.. Doa Usaha Istiqamah & Tawakal (DUIT) ~

~ Semester terakhir ku.. Doakan kejayaan ku.. Syukran. ^^ ~


Tuesday 26 June 2012

Resepi: Spageti ala2 ikut selera ku.. ^^

Assalamualaikum.. Ha, kali ni nak share pasal resepi spageti yang aku baru je buat petang tdi.. hehe.. Bila rasa2 tadi, memang menjadi la.. Sedap kot.. Ceh, puji masakan sendiri nampak.. haha.. 
Nak rasa? Jom try resepi nih.. Senang je.. Campak2 je gitu.. 

Antara bahan2 nya:
spageti
1 tin sos spageti tomato original Prego
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji tomato (potong dadu)
daging cincang
button mushroom
sos cili
cili boh
black paper
gula & garam

Orait.. Mula2 tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus.. Dah naik bau masukkan daging cincang tadi.. Gaul & tunggu sehingga air daging hampir kering (tapi jangan kering sangat).. Pas2 masukkan 2 sudu cili boh dan gaul sehingga sebati.. Masukkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong dadu.. Kemudian masukkan 1 tin sos spageti prego, sos cili (agak2 jer), black paper cikit & button mushroom.. Kalau nak bubuh air cikit pun bole.. Yang terakhir masukkan gula & garam secukup rasa.. Biarkan dalam 10 minit sehingga kuah mendidih dan kuah menjadi pekat.. 

Untuk rebus spageti plak.. Panaskan air rebusan.. Kemudian letakkan sedikit garam sebagai perasa & minyak masak supaya spageti tak melekat.. Masukkan spageti, tunggu sehingga 2 minit..

 Ta.. da.. SIAP..!! Jemput tengok.. ahaha.. 


~ Selamat Mencuba ^^ ~
Keep Following My Blog.. Tq.




Saturday 16 June 2012

Freebies Cartoon Design by apitzz

   

Assalamualaikum.. Semua sihat? Harap semua sihat2 belaka la eh.. Nak share something ni.. Nampak tak freebies kat atas ni.. Ayu kan.. Apa kata korang join site ni untuk melihat lagi freebies2 yang ayu & comel khas untuk muslimah2 yang sedang join site ni.. ^^

      

   





   










   


   


Korang bole enter link di bawah ni untuk melihat dan copy freebies2 yang lebih menarik dengan pelbagai style & warna..

Creadit to --> http://www.fizgraphic.com/
Extra --> http://sy.my/4bs1


~ Thanks 4 read my blog ~
Come again.. ^^


Copyright@Segala yang Tercatat di Blog ini adalah Hak Milik Semuanyadcni.blogspot