Pages

Thursday 29 November 2012

♥ Story About Us (8 Princess) ♥

Assalamualaikum.. Pertama sekali, Alhamdulillah.. Akhirnya aku telah pun Grad sebagai Student HND in Business & IT bersama rakan2 seperjuanganku di Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak. Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya ALLAH.. Diatas segala usaha, doa & berkat kedua ibu bapa, kami telah pun berjaya sehingga ke tahap ini.. Alhamdulillah, Syukur.. 

Sememangnya dah agak lama aku tak updated blog nie.. hee~ So, kali ni aku nak story mory tentang kami 8 Princess.. Siapa 8 Princess tu?? haaa.... Ni yang nak cite ni.. 

Dari kiri: Pa'a, Qis, Bibi, Ija, Tila, Anum, Azie & Intan (8 Princess)

That's us the 8 Princess of Taman Gemilang.. hee~ Bertemunya kami smua pada tahun 2011 dekat2 akhir bulan Jun.. Eyup! Gara2 nama sudah tak ditempatkan di hostel pada kemasukan Julai-Disember 2011, jadinya masing2 waktu tu mencari2 orang untuk duduk serumah.. Pada mulanya, masing2 dapat rumah lain2.. But, everything had been Planned.. We had been stay in one home together.. Eyup! Rumah 59 Taman Gemilang Seri Iskandar..  Pertemuan kami berlaku atas apa yang ALLAH telah rancangkan.. Sebelumnya kami bersatu, adanya kesedihan yang ditanggung oleh beberapa daripada 8 Princess.. Betul tak?? hee~ Sejujurnya jika "perkara tu" tak berlaku mungkin kita tak rapat & seakrab sebegini.. Sahabat2ku lihatlah.. Pertemuan kita & Persahabatan kita telah disatukan & ditentukan oleh ALLAH.. :-)

Gelak tawa, senda gurau saling berkait rapat dalam persahabatan kami.. Kemana sahaja kami pergi mesti bersama.. Pada masa tu plak yang kami ada cuma 5 scoot.. :-) 3 Ego, 1 Honda & 1 Nouvo.. Wah.. Jadinya bila pegi mana2 pun terasa macam konvoi plak.. hee~ Rasa macam jalan raya ni kami yang punya.. haha.. Namun, dalam setiap perhubungan itu mesti akan ada sedikit salah faham, berkecil hati.. btul tak?? Walaupun ada yang tak bertegur sapa dalam rumah tu.. Tapi kami tetap bersama.. Masih boleh duduk serumah dalam keadaan yang selesa bersama, duduk di meja makan bersama, lepak depan tv bersama.. Agak lama aku perhatikan tapi aku tak mampu nak buat apa2.. Maafkan aku sahabat2 semua.. Aku takut kalau2 membela sebelah pihak sahaja.. Aku tersepit.. Aku sayangkan kamu semua & tak berniat pun nak membela mana2 pihak.. Sebenarnya hati sedih bila jadi macam ni.. Hanya doa aku mampu usahakan untuk korang.. Saat meniti hari2 terakhir kami bakal tinggalkan Seri Iskandar, Alhamdulillah.. Syukur YA ALLAH.. Engkau telah makbulkan doa kami dan lembutkan hati mereka untuk saling bermaafan.. Lega & gembira sangat tak terkata.. Thanks korang ♥

Sebelum meninggalkan Seri Iskandar, kami merancang keluar bersama2 ke Lost World of Tambun.. Yeay!! Walaupun hanya peruntukkan masa sehari.. Nanum, banyak keseronokan & kenangan yang sempat kami rakamkan.. Korang memang THE BEST!! Banyak benda yang aku tak pernah cuba buat, aku cuba buat pada hari tu bersama2 mereka.. Tapi seyes.. "kt tak nak naek dah benda yang kapal turun naek tuuu... Rasa nak tercabut jantung.. It have to be the 1st time & last time kt naek.. Lpas ni xmo daahhh...! T_T " Keesokan harinya pula kami ziarah Parents yang berada di Perak.. Parent Anum, Azie & aku.. Kami pergi Mandah, tapi tak sampai Mandah pun sebab alang2 dah terserempak parent anum kat Parit, so, jumpa kat Parit je.. Lepas tu pergi Bota jumpa family Azie terutama opah azie "Wei".. Last pegi Chemor, jumpa parent aku.. Eyup! Akhirnya korang smpai gak ke rumah kt kan.. hee~ Kan kt da cakap kt akan bawak gak korang suatu ari nanti.. :-D

Sehinggalah sampainya hari 23/11/12 yang dimana semua akan balik ke kampung masing2 & "tata" Seri Iskandar.. Hari tu terasa sangat sayu.. Terasa berat sangat kaki untuk tinggalkan rumah 59.. Sedih tak terkata untuk berpisah dengan kamu semua.. Sorang demi sorang meninggalkan rumah 59.. & bila sampai waktu aku pula untuk keluar dari rumah 59....... arghhh..! air mata kenapa mesti kau jatuh...... T_T
"Korang kt nak minta maaf kalau selama ni kt pernah wat korang terasa hati secara sengaja atau tak sengaja & minta maaf kalau kt ada wat salah kat korang.. Kalau ada terlebih atau terkurang kt nak mntak korang halalkan.. Korang jangan lupakan kt tau.. Kalau ada apa2 masalah atau nak kongsi cite gembira & sedih telinga kt sudi mendengar.. Phone kt sentiasa on untuk korang.. In Syaa Allah.. Jangan lupakan kt tau.. :-)"

Sahabat2 sekalian:
Kita berjumpa hanya 1 kebetulan..
Kebetulan akhirnya berkekalan..
Pelbagai kenangan telah dilukiskan..
Diwarnai dengan gurauan & usikan..
Dihiasi dangan gelak tawa & senyuman..
Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan..
Nanum, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita bersahabat kecuali ajal & kematian.. :-)





~ End of our story at Seri Iskandar.. Hope to see all of you again in the future.. ♥ ~

Copyright@Segala yang Tercatat di Blog ini adalah Hak Milik Semuanyadcni.blogspot