Pages

Tuesday 22 May 2012

Bersangka Baiklah Sesama Manusia & Hindarlah Sikap Bersangka2..

Gadis1: "korang2.. tengok ni.. cantik tak kasut & bag yang baru aku beli.. kasut 2 aku beli kat Vincci kot.. RM79.90 je.. beg 2 plak aku beli kat Prada.. harga beg ni pulak RM109.90.. cantik kan..?"
Gadis2: "eh, iye ke.. cantik la.. pandai kau pilih.. sesuai sangat dengan kau.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam hati Gadis2 berkata2: "eleh, nak menunjuk2 la 2.. hurmmm.. memang macam tu la perangai dia.. beli barang baru je nak menunjuk.. mentang2 la aku tak mampu nak beli semua barang2 dia yang mahal tu.. aish.."


Assalamualaikum..

Manusia hari ini suka berprasangka sama ada baik atau buruk..

orang Beribadah disangka Riak
orang yang Relaks disangka Malas
orang yang memakai Baju Baru disangka menunjuk
orang yang pakai Baju Buruk di katakan Zuhud (Hina)
orang yang Makan Banyak disangka Pelahap
orang yang Makan Sikit disangka Diet
orang yang Baik disangka Buruk
orang yang Senyum disangka Mengejek
orang yang Masam disangka Marajuk
orang yang Bermuzakarah disangka Mengumpat
orang yang Diam disangka Menyendiri
orang yang Menawan disangka Pakai Susuk
orang yang nampak Ceria disangka Membela

mana tahu orang yang Diam itu keran Berzikir kepada Allah
mana tahu orang yang Senyum itu kerana Bersedekah
mana tahu orang yang Masam itu kerana Mengenangkan Dosa
mana tahu orang yang Menawan itu kerana Hati Bersih dan Mindanya
mana tahu orang yang Ceria itu kerana Cergas Cerdasnya


ha.. mungkin secara sedar tak sedar kita sendiri pernah berprasangka sama ada baik atau buruk. tak baik bersangka buruk.. aku juga mengaku sememangnya aku pernah berprasangka. Ini kerana, sememangnya manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi, Islam menganjurkan umatnya supaya tidak mengamalkan berprasangka buruk.

Perihal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah-Al Hujarat ayat 12, yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang."

Berdasarkan ayat ini, sesungguhnya berprasangka itu adalah perbuatan yang berdosa kerana ia timbul daripada dalam hati kita sendiri. atau lebih difahami ialah perasaan iri hati atau hasrat dengki terhadap seseorang yang kemudiannya akan menimbulkan tuduhan yang tidak berasas kepada seseorang itu sehingga ia menyakiti hati orang itu sendiri.

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat hendaklah sentiasa menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau lebih baik diam sahaja. ini kerana kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk pasti akan menerima pembalasan di akhirat kelak. 

Ini sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata kata yang baik atau hendaklah diam."

Ini bagi mengelak kita berprasangka buruk. kita haruslah selidik dan teliti dahulu setiap perkara yang kita dengar dan jangan suka untuk terus membuat andaian.

Manfaat Bersangka Baik

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh apabila kita bersangka baik terhadap orang lain.
  1. Hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Ini kerana, bersangka baik dalam hubungan sesama muslim akan menhindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
  2. Dapat menghindar dari penyesalan dalam hubungan sesama muslim. Ini kerana, bersangka buruk akan membuat seseorang itu menampakkan keburukan dia kepada orang lain tanpa ada bukti yang benar.
  3. Selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan itu jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa2 baru sebagai kelanjutannya.Ini bererti kebaikan & kejujuran akan membawa kita pada dosa2 berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak. 
Ruginya Berburuk Sangka

Dengan berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat kelak.
  1. Akan mendapat dosa. Ini kerana, disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidili atau mencari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman. Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12
  2. Satu dusta yang besar. berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:  “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” HR. Muttafaqun alaihi
  3. Menimbulkan sifat buruk. berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibatkan pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat2 buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain. sifat2 itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:   “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Cara2 Bersangka Baik Sesama Insan:

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..



Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 



Oleh itu, tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH..

Peringatan untuk aku juga dan ku kongsikan dengan semua.. ^^
Selamat Beramal..!!

Saturday 12 May 2012

Permulaan Ku..

Assalamualaikum.. 



Hari ni pada 1:46am, Ahad, 13 May 2012 bermula lah penulisan ku sbagai seorang blogger.. hehe.. sblum 2 aku nk prknalkn dri kpd yg mmbca blog "Semuanya D Cni".. knalkn, nma pnggilan Qis.. ^^ jdinyer smua bole mngenali aku dgn nma pnggilan aku iaitu Qis.. aku ank sulung drp 5 org adik bradik.. 4 prmpuan 1 llaki.. Syukurlah, d seorg waris lelaki, adikku yg ke-4.. hurmm.. brckap tntang keluarga, smemangnya aku mmiliki keluarga yg amat aku sayangi.. ibu abah yang memahami.. adik2 yang mempunyai ragam masing2.. yg penting aku nk dorg tahu yg aku sgt syg dorg semua..

Seorg student, Kolej Profesional Mara Seri Iskandar Perak.. jurusan HND Business & IT.. dmna tahun ini adalah thun akhir aku sbgai student HND.. huhu.. Berkat doa & usaha hopefully, lpas ni dpt smbung blajar la amek degree.. Doakan ye.. Mekasih.. ^^

Smemangnya aku msih baru d cni.. jadinyer xsmpat nk update pe2 lgi.. 

~ To Check It Out More.. Don't Forget To Keep Reading My Blog ^^ ~

Copyright@Segala yang Tercatat di Blog ini adalah Hak Milik Semuanyadcni.blogspot