Pages

Friday 20 July 2012

Salam RAMADHAN AL-MUBARAK.. ^^

Ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN..
Selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan..
SALAH & KHILAF mohon dimaafkan..
Semoga diberikan rahmat & keberkatan dari NYA sepanjang RAMADHAN..
Amin.. Insyaallah.. ^^

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua.. ^^

Alhamdulillah.. Mulai esok, Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1443, adalah bulan yang 
dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK dimana ia adalah bulan RAHMAT, bulan PENGAMPUNAN dan bulan PEMBEBASAN DARI API NERAKA.. 
Adalah lebih baik jika kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibu bapa, ahli keluarga (adik-beradik, opah atuk, pakcik makcik dll), sahabat dan juga seluruh umat Islam yang mengenali kita..


Orait, ini adalah antara amalan2 yang bole kita amalkan semasa bulan RAMADHAN:
  1. Menunaikan solat sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Taubat, Tarawih, Tahajjud, Witir dll
  2. Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al-Quran dan azam untuk Khatam Al-Quran
  3. Memperbanyakan berdoa kepada ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan ALLAH memberikan Taufik dan HidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa
  4. Memperbanyakan I'ktikaf di Masjid atau Surau
  5. Memperbanyakan bersedekah
  6. Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang sama ada siang ataupun malam
  7. Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
  8. Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran
Antara ganjaran yang bole diperolehi dalam bulan puasa Ramadhan:


Paling penting! Niat puasa bulan Ramadhan yang merupakan rukun ke-2 dalam rukun puasa:


~ Akhir kata.. Semoga Ramadhan ini akan menjadi bulan yang terbaik untuk kita perbaiki diri dan muhasabah diri untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.. Insyaallah.. ^^ ~




No comments:

Post a Comment

Copyright@Segala yang Tercatat di Blog ini adalah Hak Milik Semuanyadcni.blogspot