Pages

Friday, 27 July 2012

~ MUET with Cikgu Shida ~

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, akhirnya berakhir jugak exam MUET aku ari nie.. 
wa.. heaven giler.. hehe ^^ bertambah2 sronok bila lpas je abis exam yang ke-4 iaitu listening tepat pukul 12.35 tengah ari, apalagi pegi berposing2 with Cikgu Shida ler.. kuikuikui.. Mula2 aku pun xtahu yang salah sorang daripada Examiners kitaorang ni CikguShidaDariParit.. Seyes, agak lama jugak la aku tenung Cikgu Shida nie.. Untuk kepastian la katakan.. hahaha..

Cikgu Shida?


Ni nak cite sikit sapa Cikgu Shida nih.. haha.. Tapi rasanya ramai dah kenal kot kan..

Full Name: Roshida Bt. Abd Aziz
Popular Name: CikShidaDariParit
Birthday: 21 April 1972
Personal Interest: Creating Own Self Miming Clips Videos
Hometown: Parit, Perak

Mula2 aku dapat tahu kewujudan Cikgu Shida ni pun sebab dok dengar member2 kolej sibuk cite pasal miming video lagu CikShidaDariParit kat Youtube. hehe.. Bak kata dorang video2 lagu CikShida ni kalu tengok time tengah tension dengan assignment memang best sebab video 2 lawak & dapat release tension..  Dengan rasa berminatnya aku terus search kat Youtube CikShidaDariParit ni ha..Kira2 dalam 1sem jugak la aku minat sangat tengok video lagu CikguShida nie.. Dok bergelak sakan dengan dak bilik hostel.. hehehe..

Suprisingly (ceh, mentang2 baru lepas jawab MUET tadi.. speaking plak.. kui3) ari ni dapat jumpa Cikgu Shida depan mata, siap bergambar lagi 2.. ha..... nak tengok lettew kan.....

With Cikgu Shida
Tu dia.. Semua dok pakat nak pic2 dengan Cikgu Shida nie.. For me she Nice & Simple.. Tak sombong langsung bila diajak pic2 dengan kitaorang.. Anytime.. hehe

~ Orait, keep following my blog k.. Tq ^^ ~


Friday, 20 July 2012

Salam RAMADHAN AL-MUBARAK.. ^^

Ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN..
Selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan..
SALAH & KHILAF mohon dimaafkan..
Semoga diberikan rahmat & keberkatan dari NYA sepanjang RAMADHAN..
Amin.. Insyaallah.. ^^

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua.. ^^

Alhamdulillah.. Mulai esok, Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1443, adalah bulan yang 
dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK dimana ia adalah bulan RAHMAT, bulan PENGAMPUNAN dan bulan PEMBEBASAN DARI API NERAKA.. 
Adalah lebih baik jika kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibu bapa, ahli keluarga (adik-beradik, opah atuk, pakcik makcik dll), sahabat dan juga seluruh umat Islam yang mengenali kita..


Orait, ini adalah antara amalan2 yang bole kita amalkan semasa bulan RAMADHAN:
  1. Menunaikan solat sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Taubat, Tarawih, Tahajjud, Witir dll
  2. Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al-Quran dan azam untuk Khatam Al-Quran
  3. Memperbanyakan berdoa kepada ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan ALLAH memberikan Taufik dan HidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa
  4. Memperbanyakan I'ktikaf di Masjid atau Surau
  5. Memperbanyakan bersedekah
  6. Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang sama ada siang ataupun malam
  7. Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
  8. Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran
Antara ganjaran yang bole diperolehi dalam bulan puasa Ramadhan:


Paling penting! Niat puasa bulan Ramadhan yang merupakan rukun ke-2 dalam rukun puasa:


~ Akhir kata.. Semoga Ramadhan ini akan menjadi bulan yang terbaik untuk kita perbaiki diri dan muhasabah diri untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.. Insyaallah.. ^^ ~




Saturday, 14 July 2012

Glogster?

Assalamualaikum.. Hope semua sihat2 la ye.. Agak lama jugak aku da tak updated new post kan.. ^^
Kali ni aku nak cite pasal hobi baru aku.. haha.. Dsamping Blogging aku juga buat Glogster.. 


Glogster?

Mesti korang tertanya2 kan apa itu Glogster.. Yang sebenarnya aku sendiri pun baru je tahu kewujudan Glogster ni.. huhu.. Thanks to Mdm Noor Faizah sbb perkenalkan Glogster ni dalam kelas Multimedia Presentation.. Kalau tak memang ktorg takkan tahu la kalau Mdm xsentuh pasal nih.. 

Glogster ni juga salah satu social network dmana membolehkan kt sebagai user untuk create interactive poster dgn percuma sahaja.. Tapi, untuk create yang lebih interactive perlulah berbayar.. Bagi aku, yang free ni pun dah cukup interactive.. Dalam Glogster ni user bole insert text, image, photos, audio (MP3), videos, sebarang special effects dan juga sebarang element yang membolehkan generate a multimedia on9.. Poster yang sudah siap juga bole share mcm dlm blog.. 

Untuk tahu lebih lanjut bole click ke link ni (Tutorial Glogster)

Orait.. Ni salah satu poster yang aku baru je siapkan.. huhu.. Take a have a look.. Have a nice day.. Wsalam.. ^^
Then help me to ---> Rate It! Tq.. ^^

http://nurbalqis.edu.glogster.com/research/

Sorry pic xbrapa cntik..

 p/s: Bole create account at ---> http://www.glogster.com/
Ataupun create account as student kalau ada id teacher at ---> http://edu.glogster.com/


Monday, 2 July 2012

Alhamdulillah.. ^^

Assalamualaikum..


That's my college (KPMSI).. huhu ^^ 
Dengan semangat dan azam baru yang berkobar2 nie aku akan balik SI esok (3hb).. Yup! My last sem is waiting for me.. hahaha.. Sepatutnya aku daftar masuk balik 5hb tapi disebabkan adik aku pula akan sambung study kat cni sbagai junior ku & perlu berdaftar pada 3hb, jadi aku pun kena balik 3hb jugak.. ceit! macam tak biasa plak balik rumah sewa awal.. huhu.. 

Alhamdulillah.. Result pun dah keluar.. Aku bersyukur sangat dengan result yang aku dapat.. Sangat2 memberangsangkan..^^ Sememangnya banyak dugaan yang aku terima semasa sem lepas yang perlu aku tempuhi dengan tenang.. Sehinggakan aku hampir berputus asa.. Namun itu tidak mematahkan semangat ku dan aku sedar, setiap dugaan yang Allah beri pasti ada ganjaran yang menanti dan akhirnya aku mendapat hadiah itu untuk diri sendiri.. 
Syukran Ya Allah..


~ Allah tak akan beri sesuatu dugaan yang kita sendiri tidak mampu untuk tempuhi.. Semuanya bergantung pada diri kita, macam mana perlu kita selesaikan dengan bersandarkan sepenuhnya kepada Allah.. Doa Usaha Istiqamah & Tawakal (DUIT) ~

~ Semester terakhir ku.. Doakan kejayaan ku.. Syukran. ^^ ~


Copyright@Segala yang Tercatat di Blog ini adalah Hak Milik Semuanyadcni.blogspot